Sunday, April 4, 2010

Mukjizat di sebalik BISMILLAH




BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha> Penyayang.'

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail..

2. ' BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. '(Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS. AL Muddatsir: 30).Ibnu Masud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan
dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan

Monday, March 29, 2010

wanita cantik yang suka menangis..


Wanita Cantik yg suka Menangis...


post ini untuk tatapan semua wanita -wanita dan kaum lelaki di dunia ini.


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; na mun , harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.. .
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."



"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."

sumber:dari islamic ebook..

zikir tujuh ayat cinta


Sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang hafal dan
mengamalkan tujuh kalimah ini akan
dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan
akan diampuni dosa-dosanya walau
sebanyak buih di lautan..

1. bismillahhirrahmannirrahim:pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. alhamdulliah:pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.

3. astagfirrullah:jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.

4. insyaallah:jika ingin melakukan
sesuatu pada masa akan datang.

5. lahaulawalaquataillahbillah:bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.

6. innalillah:jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.

7. laailaahaillallah:bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.

APE LA NAK JADI NI !!

pagi ni buka metro harian online.. terkejut dengan satu berita yang aku baca .macam- macam perangai budak-budak sekarang ni..

Gurauan rakan melampau

OlehAmirAbdHamid
amir@hmetro.com.my

2010/03/29
KUALA LUMPUR: Gara-gara gurauan nakal mahu memberikan RM2 jika rakan sekelas berani menumbuk dinding sebanyak 35 kali, seorang murid perempuan tahun lima di bandar raya ini dicabul termasuk diraba payudaranya oleh temannya itu selepas dia gagal menunaikannya.
Malah, kanak-kanak perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Wati, berkata tiga lagi rakan lelaki yang lain turut ‘tumpang sekaki’ dengan mengejek sesuatu mengenai payudaranya.

Dalam kejadian Oktober tahun lalu itu katanya, dia berseloroh dengan rakan lelaki di kelasnya yang ‘tunjuk kuat’ supaya menumbuk dinding kelas itu sebanyak 35 kali jika benar-benar gagah. “Ketika itu guru tiada di kelas. Saya katakan akan beri RM2 jika mereka berani menumbuk dinding itu. Bagaimanapun, tiada seorang daripada mereka berani menyahut cabaran saya itu. “Saya kemudian pergi ke tandas sebelum kembali ke kelas. Seorang daripada rakan kelas lelaki itu datang kepada saya sambil menunjukkan penumbuknya yang merah kerana mendakwa menumbuk dinding. Oleh itu, dia menuntut RM2 seperti dijanjikan.

“Tetapi saya katakan padanya bahawa dia tidak melakukan aksi tumbuk depan saya dan menipu. Namun, dia marah sebelum meminta juga RM2 itu. “Saya kemudian beri dia tidak sampai RM2 dan dia marah sebelum bertindak meraba payudara saya,” katanya yang trauma dengan kejadian sehinggakan terpaksa meminta ayahnya menukarkan dia ke sekolah lain. Katanya, dia merayu supaya tidak diperlakukan sebegitu namun tidak diendahkan malah tiga lagi rakan lelaki yang lain membuat riuh-rendah sambil mengatakan sesuatu mengenai payudaranya. “Sejak kejadian itu dan hari berikutnya saya bimbang untuk ke sekolah. Takut kejadian itu berulang. Apatah lagi, budak lelaki di kelas masih mengganggu saya dengan perkataan lucah,” katanya. Sementara itu, bapa mangsa, berkata dia kecewa dengan pihak sekolah kerana tidak mengambil tindakan sewajarnya terhadap empat murid lelaki yang melakukan gangguan seksual terhadap anak sulungnya itu. Malah, katanya, dia terpaksa menukarkan anaknya itu dan seorang lagi anak perempuannya awal tahun ini ke sekolah khas untuk perempuan kerana mangsa takut jika berjumpa lelaki. “Apa yang menghampakan, guru besar dan guru hal ehwal murid sekolah itu mengatakan ia hanya gurauan antara kanak-kanak,” katanya.

Wednesday, March 24, 2010

Buat mu ibu..


renungan buat insan yg bernama anak

sila hayati jika anda sayang ibu anda......



Pernah aku ditegur

Katanya untuk kebaikan

Pernah aku dimarah

Katanya membaiki kelemahan

Pernah aku diminta membantu

Katanya supaya aku pandai

Ibu…..

Pernah aku merajuk

Katanya aku manja

Pernah aku melawan

Katanya aku degil

Pernah aku menangis

Katanya aku lemah

Ibu…..

Setiap kali aku tersilap

Dia hukum aku dengan nasihat

Setiap kali aku kecewa

Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat

Setiap kali aku dalam kesakitan

Dia ubati dengan penawar dan semangat

Dan

Bila aku mencapai kejayaan

Dia kata bersyukurlah pada Tuhan



Namun…..

Tidak pernah aku lihat air mata dukamu

Mengalir di pipimu

Begitu kuatnya dirimu….

Ibu….

Aku sayang padamu…..

Tuhanku….

Aku bermohon padaMu

Sejahterakanlah dia

Selamanya…..



oleh itu, hargailah jasa ibu kita ikhlas dari:

sucihaticafe@gmail.com

Monday, March 15, 2010

waspada wahai wanita..


terkejut, marah dan pelbagai perasaan bercampur baur di dalam hati bila membaca berita ini..inilah sikap manusia akhir zaman yang hanya mementingkan kepentingan diri tanpa memikirkan kesegsaraan orang lain..

Sengsara 11 hari
Oleh Hadzlihady Hassan dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my
2010/03/16

KUALA LUMPUR: Malang berganda bagi seorang suri rumah ketika menempuh 11 hari paling menyeksakan apabila dia diculik, dipaksa mengambil dadah dan diperkosa berulang kali sepanjang dikurung dalam sebuah bilik hotel di ibu kota, baru-baru ini.
Pakej lengkap ‘penderitaan’ terpaksa ditanggung wanita berusia awal 20-an itu bermula kira-kira jam 5.30 petang, 1 Mac lalu ketika dia dikatakan keluar dari rumahnya di Jalan Ipoh di sini, ke Selayang untuk bertemu suspek bagi membincangkan tawaran pekerjaan.

Difahamkan, pertemuan itu diketahui suami mangsa.

Menurut sumber, lelaki itu ahli sindiket pengedaran dadah antarabangsa dan dipercayai menggunakan perangkap itu untuk merekrut keldai dadah.

“Selepas selesai berbincang kira-kira 20 minit, mangsa pulang ke rumah menaiki bas.

“Namun, suspek yang ditemuinya sebelum ini turut menaiki bas sama.
“Menyedari wanita itu curiga, suspek mendakwa kenderaannya rosak selain ada beberapa perkara perlu dibincangkan dengan mangsa,” katanya.

Sebaik tiba di kawasan perumahan wanita itu, lelaki terbabit memaksa mangsa mengikutnya ke Chow Kit.

Difahamkan, mangsa yang ketakutan selepas diugut dengan pisau hanya mengikut arahan itu.

Sumber berkata, sebaik tiba di Chow Kit, lelaki terbabit mengurung mangsa di sebuah bilik hotel.

“Di situlah bermula penderitaan mangsa apabila dia dibelasah lelaki terbabit sebelum dipaksa mengambil dadah.

“Ketika mangsa khayal, suspek mengambil kesempatan merogolnya berulang kali.

“Mangsa dijadikan pemuas nafsu lelaki itu sepanjang 11 hari dikurung dalam bilik hotel berkenaan,” katanya.

Bertambah malang apabila mangsa dipukul tanpa belas kasihan jika enggan menghisap dadah. Difahamkan, semua wang dan telefon bimbit miliknya dirampas suspek untuk mengelakkan suri rumah terbabit melarikan diri.

Sumber itu berkata, lelaki itu juga akan memastikan mangsa berada dalam keadaan khayal 24 jam bagi memudahkan dia mengawalnya.

“Namun, penderitaannya berakhir apabila lelaki terbabit membawa suri rumah itu ke kawasan Segambut di sini, pada 12 Mac lalu atas urusan tidak diketahui.
“Di situ mangsa terserempak seorang remaja yang juga kenalan suaminya. Remaja itu yang mengetahui kehilangan wanita terbabit membantu mangsa melarikan diri.

“Lelaki itu cuba melarikan diri selepas menyedari kehadiran remaja terbabit, namun berjaya diberkas dengan bantuan orang ramai,” katanya.

Sumber berkata, remaja itu menghubungi suami mangsa sebelum membawanya ke Balai Polis Jinjang di sini, untuk membuat laporan.

Sementara itu, Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dilakukan.

Sunday, March 14, 2010

OH NO !!!


hujung minggu ni aku busy menyiapkan thesis yang tertunggak.tajuk thesis aku ialah online community increase cyber crime among internet user. sedang mencari maklumat aku terbaca mengenai satu berita ni,,so aku ingin kongsi di dalam blog ak ni..

Penipuan Siber Meningkat Di Negara Ini - CyberSecurity
14 Feb 2010 (Bernama)
Oleh Mohd Noor Firdaus

KUALA LUMPUR, Cybersecurity Malaysia mengingatkan pengguna internet supaya berwaspada apabila menerima e-mel dari institusi bank dengan meminta mendedahkan maklumat peribadi bagi mengelak ia digunakan untuk tujuan khianat oleh pihak tertentu.

Pengguna menerima e-mel dari bank meminta mengemaskinikan butiran peribadi, mengaktifkan semula akaun perbankan dalam talian atau menyertai dalam kajiselidik yang menawarkan ganjaran RM200.

Mereka yang menerima e-mel dengan pesanan seperti itu dinasihatkan supaya memadamkannya kerana dengan menjawab soalan itu mereka mungkin menjadi mangsa penipuan penjenayah siber yang kian meningkat.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Husin Jazri, berkata menjawab pesanan itu dengan memasukkan butiran peribadi seperti nama akaun perbankan dalam talian dan kata laluan merupakan percubaan untuk mencuri wang dalam akaun pemegang.

Oleh kerana laman web palsu itu menyerupai laman web bank yang sah, maka pelanggan terpedaya dengan memasukkan butiran peribadi sulit dan dengan itu nama dan kata laluan pemegang akaun dapati dicuri tanpa disyaki," katanya kepada Bernama di sini pada Ahad.

Menurutnya, tahun lepas, Pusat Bantuan Cyber999 telah menerima sebanyak 3,564 aduan mengenai insiden penipuan dalam internet iaitu meningkat 68 peratus aduan berbanding tahun sebelumnya.

Husin berkata laman web palsu dibangunkan sama seperti laman web bank terkenal tempatan dan penghantaran e-mel dengan menggunakan soalan yang menyakinkan untuk pelanggan membuka hubungan kepada laman web palsu itu.

"Bank tidak pernah tanya pelanggannya khususnya pengguna e-perbankan untuk mengemaskinikan akaun, mengubah semula kata laluan atau butiran peribadi menerusi e-mel," katanya.

Husin berkata pihaknya, sebagai agensi di bawah Kementerian Sains, Teknoloji dan Inovasi, kini mengawasi keadaan itu dan bekerja rapat dengan Polis, Bank Negara dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan menyediakan sokong teknikal cara mengatasi ancaman siber ini.

Katanya kegiatan penipuan siber semakin menonjol setiap tahun dan dianggap salah satu ancaman besar dalam negara dan kerajaan mengambil langkah untuk memerangi jenayah siber dengan menubuhkan CyberSecurity Malaysia dan penggubalan Dasar Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSP).

Katanya dalam usaha mendidik masyarakat dan meningkatkan tahap kesedaran keselamatan internet, CyberSecurity telah membangunkan program 'CyberSAFE' di mana orang awam boleh mendapatkan maklumat mengenai keselamatan internet dalam portal di alamat www.cybersafe.my.

Pengguna internet yang ingin mendapatkan nasihat dan sokongan teknikal boleh menghubungi CyberSecurity di Pusat Bantuan Cyber999 di alamat e-mel cyber999@cybersecurity.my.

-- BERNAMA

so selepas berwaspada la ketika menggunakan facebook or yang senagkatan dgnnya.jgn sewenang-wenangnya mendedahkna maklumat peribadi kita.jgn ingt online community ini hnya untuk chatting tp lebih dari itu bg yg ada niat lain..