Monday, March 8, 2010

integritykah kita....

Minggu ini di USIM sudah masuk minggu kedua untuk minggu integrity. Dahulu aku kurang megetahui apa itu integrity . pada mulanya aku fikirkan integrity sama maksud dengan integrasi iaitu perpaduan antara kaum. Namun rupanya salah sama sekali , integrity dan integrasi adalah dua elemen yang berbeza. Integrity lebih bermaksud kepada nilai- nilai moral dan baik seperti amanah,jujur dan bertaggungjawab. Berbicara mengenai kejujuran ini,banyak tafsiran yang boleh di buat .bagiku kejujuran adalah sesuatu yang subjektif untuk di tafsirkan. Kita tidak dapat menilai kejujuran seseorang itu melalui mata kasar kita kerana kadang-kadang mata kasar kita tertipu dengan ketidak jujuran seseorang.cuba anda pandang di sekeliling anda, berapa ramai manusia jujur di sekeliling anda? Dan sejauh mana anda jujur dengan mereka? Kadang-kadang kita rasa kita punya sahabat yang paling jujur dan setia dengan kita tapi rupa-rupanya dialah yang menikam kita dari belakang.kadang-kadang insan yang kita rasa selalu berlaku jahat dengan kita itulah yang paling banyak menolong kita ketika dalam kesusahan. Kadang-kadang orang akan cakap dialah yang paling jujur tapi rupanya dialah yang paling banyak menipu dalam setiap perbuatannya .., aku sendiri kadang-kadang tidak berlaku jujur pada orang sekelilingku,biasalah manusia tak lari dari kesilapan..manusia takde yang sempurna dalam dunia ini…tapi sebagai manusia yang memang di lahirkan dengan sikap yang tak sempurna ni, kita kena selalu muhasabah diri sendiri untuk membetulkan kesilapan diri dari masa ke semasa… amalkan kejujuran walau dimana kita..biarlah mugkin kita rasa bila kita terlalu jujur orang akn pijak kepala kita..tapi lebih baik jadi orang yang teraniaya dari menjadi orang yang menganiaya kerana orang yang teraniaya itu lebih mudah di makbulkan doanya oleh ALLAH….

0 comments:

Post a Comment