Monday, March 8, 2010

siapa bersalah?


ermmm...sedih rasanya bila melihat tubuh-tubuh kecil yang terseksa dan menderita.perasaan pertama yang menular di sanubari bila terbaca berita yang terpampang di media mengenai pembunagan bayi dan penderaan kanak-kanak. kadang-kadang terfikir di minda kenapa manusia dewasa yang punya akal masih sanggup melakukan perkara sebegitu yang tidak sepatutnya di lakukan oleh manusia yang punya akal.27 feb yang lalu kita di kejutkan dengan kematian adik arwah saffiyah humaira yang di dera oleh teman lelaki ibunya yang kejam.tidak dapat aku bayangkan bagaimana kanak-kanak sekecil itu menahan penderitaan akibat deraan itu sehingga meninggal dunia.Selain dipukul dan ditampar, kanak- kanak malang itu turut dipijak dan ditendang oleh teman lelaki ibunya tanpa belas kasihan, hanya disebabkan oleh kesalahan kecil yang dilakukannya.Kanak-kanak berusia tiga tahun itu disahkan meninggal dunia akibat pendarahan pada otak dan mengalami kerosakan buah pinggang, akibat dihentak dan ditendang dengan kuat oleh suspek yang tidak berhati perut. kematian Syafiah Humairah akibat kecederaan serius termasuk kulit kepalanya terkoyak kerana dipijak.apa la yang mempengaruhi fikiran lelaki itu hingga bertindak sedemikian rupa.tidak kasihankah dia bila mendengar raungan kesakitan kanak-kanak malang itu bila di perlakukan begitu.bagiku lelaki itu tidak boleh langsung di kategorikan sebagai manusia malah sikapnya lebih keji dari binatang.Binatang segarang harimau pun masih menyanyangi anaknya tapi kenapa dia tidak punya sikap sebegitu.mungkin inilah yang berlaku bila nafsu menjadi raja dalam hati hingga kewarasan hilang dari diri..

0 comments:

Post a Comment