Monday, March 8, 2010
warkah pertama dari ku...
Salam..
Warkah pertamaku dalam blog ini ku mulakan dengan puisi yang sangat menarik bagi ku..mari kita renungkan bersama..
POLITIK DI KALANGAN UMAT
Oleh: Prof. Dr Wan Mohd Nor Wan Daud
( sumber: Buku Integrity Politik di Malaysia terbitan IIM )
“Sebuah puisi mentafsirkan tuntutan amanah yang di terima insan serta peranan ilmu dan akhlak dalam masyarakat”
Para penguasa bersam anbiya di syurga tuhan
Jika amanah di pikul bersuluh tanzil memancar keadilan
Jika amanah dikhianati, kerana terpukau kilau firauni
Merekalah paling tersisish dari-Nya terdinding wangi Firdausi
Aristotle menulis politik sesungguhnya cabang etika
Faylasuf awwal bijak mengatur benda dan perkara
Kini, semua negara dihormati dunia,mengamalnya
Penguasa mereka dipayungi etika ,persetujuan bersama
Etika di bincang berkurun lama ,di perkuduskan mereka.
Umatku di mana- mana ,telah mengetepi lampu Ilahi
Cuba menjejaki eropah yang telah lama menjajahi
Memilih bentuk moden, semangat diri kuno lagi
Diri kuno yang tidak terkena suluh muhammadi.
Eropah menjadi moden kerana semangat dirinya bertukar
Ditolak anasir sihir dan agama mecengkam jasad dan akal
Setelah bertemu umat Mustafa di quds,sicily,Granada
Lilin akli diganti sumbu dan di gilap cerminnya
Melihat kembali khazanah yunani, lama di kecam gereja
Lilin baru menerangi paris, bologna dan seluruh benua.
Lilin eropah diperdiperbesarkan sumbunya ke tanah india merah
Bagai pendekar, dunia baru itu membuka langkah
Quincy,adams,Jefferson menyelam ke dalam sejarah
Mendalami khazanah sendiri, merangka ke depan jauh
Politik baru terpancar dari etika rumusan para penubuh
Kelemahan dalam diri, di perbaiki, di selesai segala musykil
Benarlah sabda nabi, tuhan restui kerajaan kafir jika adil
Malu nabi melihat pengikut Aristotle memilih sunnahya
Mereka mengkaji lampu nabi dan kahlifah kita
Meminda mengikut keperluan bangsa dan sejarah mereka
Berani menghukum presiden yang berdusta pada bangsa
Tidak malu mengganti menteri yang menyalah guna kuasa
Perbezaan politik hanyalah pelbagai cara mencapai cita
Cita tidak berbeza –kemajuan bangsa paling berkuasa
Menyebar citra ke segenap ceruk bumi dan hati manusia
Kerangka mereka tidak berubah ,siapa pun memerintah
Setelah dua kurun ,roma baru bangun dari tanah india merah
Saudara, politik wasilah penting menguat umat
Memecah masalah hidup bermasyarakat
Menggenggam erat syariat Mustafa penuh hikmat
Menjulang umat terbilang bila hati budi di ikat sepakat…
Sajak ini diterbitkan semula ihsan professor Dr.Wan Mohd Nor Wan Daud adri buku puisi karya beliau berjudul terang, yang di terbitkan oelh tradisi ilmu sdn.bhd
Sebenarnya sajak ini sangat panjang tapi hanya sedikit ku ambil untuk tatapan sesiapa yang singgah menjengah ke laman blog ku ini. Dan hayati maksud di setiap bait-bait puitis dari puisi ini.
0 comments:
Post a Comment